Saturday 5 April 2014

Allah sedang menguji hatimu.



Sayang.
Ya, fitrah manusia.
Tapi ia nya bukan alasan.
Tidak semua rasa itu murni.
Perlunya hadir waras agar terjaga.

Kadangkala hati terusik,
Mudah benar untuk tergelincir,
Jangan sampai terjatuh, bimbang terluka.
Luka yang terbiar bernanah akan mengulat. Rosak.

Untuk secebis rasa yang hadir,
Istighfarlah, membuang noda.

Ketahuilah,
Allah sedang menguji hatimu.
Berpaling kembali pada Maha Penyayang.
Dia pasti menghadiahkan ganjaran istimewa buatmu.
Yakinlah. Have faith! 

Wallahualam.

AH|CL

Friday 4 April 2014

Bertatih mencari matahari



Ya Allah,
Dekatkanlah hati ini,
Jangan aku antara yang rugi.

Kuatkanlah hati ini,
Agar tetap tabah mencari.
Lindungilah hati yang satu ini,
Supaya dalam genggaman Ilahi.

Aku yang bertatih mencari matahari,
Agar sinarnya menghias hati.
Akulah pejuang rasa insani,
Yang tetap setia menanti.

|Mencari rahmat Ilahi.|

Salam Jumaat.
Wallahualam.

AH|CL

Thursday 3 April 2014

Kesedihan dua malam



Rindunya pada mereka.
Allah. Benarkah pilihan ini?

Benar mereka ada, zahirnya.
Namun seakan hati kian menjauh.
Bukan mereka, akulah yang bersalah.
Akulah yang membina tembok tanpa sedar.

Aku masih mampu, 
Dan hati aku masih merayu.
Tapi dalam masa yang sama, lemah.
Benar dia bukan sebab asal aku memilih.
Tapi dia juga sebab kukuh aku bertahan, dulu.
Saat keyakinan menguat, dia merelaikan. Payah.

Allah.
Telah Kau kurniakan mereka,
Saat diri lemah, merekalah pendorong.
Saat diri terluka, mereka jualah penghibur.
Tidak adil kiranya aku memilih untuk berdiam.
Tapi aku tidak mampu bersama mereka, tanpa dia.

Aku cuma tidak kuat.
Allahu, bantulah hambaMu ini. 

Wallahualam.
AH|CL

Wednesday 2 April 2014

Selamat ulangtahun kelahiran, ayah!



Alhamdulillah.
April datang lagi.


Entah mengapa April istimewa.
Sekurang-kurangnya istimewa untuk aku.

Mungkin kerana bila April tiba,
Aku bisa memberikan salam untuknya,
Mengirimkan ucapan selamat untuk dirinya.

Ya, aku bukanlah seperti mereka.
Jika yang lain bisa mengucup, memberi hadiah,
Aku memilih untuk memberi ucapan, membisik doa,
Agar Tuhanku menjaganya, memberkati kehidupannya.

Aku sudah biasa begini,
Bukan kerana tiada rasa sayang,
Namun jarak membina jurang janggal.
Ruang yang memisahkan. Jauh sekali.

Untuk hari yang berlalu,
Ketahuilah aku mencintaimu.
Supaya hari mendatang mengingati,
Aku sekalipun tidakkan melupakanmu, biiznillah.

Wallahualam.

AH|CL.

Tuesday 1 April 2014

Bercinta dengan riang



Angkuh.
Bermegah dengan kesenangan.
Menunding jari pada kesalahan.
Hanya tahu menjatuhkan!

Sekalipun kau benar,
Tiada asbab untuk menyombong.
Melancang ucapan bagai pedengar tidak berhati.

Ingat.
Roda akan selalu berputar.
Kau juga akan berada di bawah.
Dan hati kau itu akan di kuasa.
Hilangkan nista, amarah pembenci.

Pergilah kau riak durjana.
Aku sudah lama bercinta dengan riang.
Tiada aku suka pada hadir si megah.
Kerana aku punya senang ada pada cinta.
Cinta pada Dia.

Aku akan bangkit!

Wallahualam.

AH|CL