Wednesday 3 October 2012

Menjengah.


Alhamdulillah.
Allah Maha Pemurah.
Banyak kurnia-Mu sehingga diri sering terlupa.
Khilaf diri taksubkan dunia.

Ya Allah.
Mohon pada-Mu segala pengharapan.
Semoga diampun segala dosa,
dan diterima amalan.

Subhanallah.
Tak terkira nikmat-Mu ya Allah.
Izinkan diri ini bertahan lagi di bumi-Mu ini,
Meraih bekalan untuk kesudahan yang terbaik.
amiin.

Friday 8 June 2012

alhamdulillah

Syukurku padaMu,
Harapku untukMu,
Pasrahku harap redhaMu.

Moga persahabatan terjalin antara kami,
Segala tautan atas redhaMu,
Sabar dan jujur dalam perhubungan,
Rasa sayang yang halal buat kami.

Ya Allah,
Terima kasih atas kurnianMu,
Pengatur terbaik buat kami hamba hina.



ampunkanlah dosa kami,
yang mengharap redhaMu,
CL

Friday 20 April 2012

Ya Rabbi




Ya Rabbi...
jika ini takdirku,
paksikanlah pada keredhaanMu..
jangan biarkan diri ini hanyut dengan nikmat dunia...

cekalkanlah hatiku pada ketentuanMu,
biarlah diri ini hanya mengharap ganjaran di akhiratMu..
aku insan lemah hina yang bergelumang d0sa dan n0da..
pada tiap saat waktu penuh kelalaian yang menghinakan..

Ya Rabbi,
jika ini takdirku,
kau tetapkanlah aku qada dan qadar yang baik..
jangan kau beri takdir yang tidak sanggup tercapai olehku..
jangan dugaan mematahkan azam hidupku..

Ya Rabbi,
Kau pengatur terbaik..
dan Kau yang Maha Pengasih...
susulilah aku dalam d0aku padaMu..
berilah yang terbaik untukku..
sesungguhNya aku hanya mengharap pert0longanMu...
ampunkan khilafku, tuntunlah aku ke jalan takdirMu yang benar...

Wallahualam.

AH|CL

Wednesday 18 April 2012

Sedarkah kita?



terkadang kita rasa hidup ini perit..
dugaan silih berganti...
terkadang kita rasa hidup ini tidak adil..
kejayaan tak memihak...
terkadang kita rasa hidup ini menghukum...
musibah bertimpa2..

tapi sedarkah kita?
yang perit itu menguatkan,
kegagalan mengajar dan musibah berhikmah...

lalaikah kita mengambil pengajaran dan hikmah?
lekakah kita kegagalan bukan pengakhir?
sedarkah kita nikmat tanpa disyukuri??

di sebalik TERKADANG itu terselit SELALUNYA...

selalunya nikmat terselindung,
kita perlu mencari dalam butiran kesyukuran...
selalunya kejayaan terkelam kelalaian,
hapuskan kabus kekecewaan...
selalunya hikmah terselit,
keluarkan dari lipatan kesengsaraan...

sesungguhnya Allah telah memberi kenikmatan tanpa kita sedari, berbalik pada kita untuk mendapatkannya!

Wallahualam.

AH|CL

Islam itu lengkap



Bagi kita Islam itu indah.
hal ini sejak kecil lagi kita di ajar begitu.
tapi sejauh manakah kita yakin Islam itu indah?
bagaimanakah mungkin kita dapat menumpaskan hujah2 yg lain?
propaganda bukan Islam yang mencalarkan maruah Islam?

Al-Quran adalah sumber terbaik.
Dengan membacanya satu ketenangan,
dengan memahaminya satu kedamain yang sukar ditafsir.
Ada antara mereka jatuh cinta dengan Islam kerana al-Quran.
Namun kerasnya hati mereka yg lain sekeras kerikil.
Sehingga al-Quran cuba dihapuskan.

''Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya'' maksud surah An Nur 30-31.


al-Quran sumber rujukan.
membicarakan tentang aurat dengan begitu terperinci.
butakah mata menilai?
egokah hati menongkah kebenaran?
kita beri perumpaan lain..


Jika seseorang bukan Islam bertanya kenapa wanita Islam menutup aurat dan apakah kelebihannya, cuba lakukan seperti ini. Carilah 2biji gula-gula. Buka pembalut salah satu darinya. Buang kedua-duanya ke tanah. Mintalah dia pilih sebiji untuk dimakan. Nescaya akan dipilih olehnya yang berbalut.
Katalah padanya yang berbalut itu lebih baik kerana belum tentu dicemari oleh ape-ape sedangkan yang tidak berbalut sudah tentu telah dicemari.




Lama edit entri kali ini. isu yang penting tapi seringkali diabaikan.
wanita hiasan dunia, KEPUTUSAN DITANGAN ANDA!

Wallahualam.
AH|CL


Sunday 1 April 2012

Novel: Nota Untuk Nurlissa


|kekuatan itu ada pada kuntum doa dan harapan...|



Aku ingin menjadi seperti nurlissa.
bukan kerana silamnya,
tapi kerana ketabahan hatinya menempuhi dugaan.
pertimbangan membuat keputusan dikala ujian menghimpit diri.

mampukah aku jika berada dalam keadaan itu?
hebat ujian menimpa tidak bermakna harus tersungkur tanpa usaha kendiri.
tidak mengharap bantuan orang lain sepenuhnya.
meminjam semangat seorang kawan bukan bermakna bergantung padanya.


tabahlah hati kerna ada yang masih menyayangi..
satu yang takkan pernah meninggalkanmu..
hanyalah Dia, Yang Maha Cinta.. Allah Ya Rabbi~




p/s: dapatkan novel TARBIAH remaja ini. hanya RM14 ^_^

Saturday 25 February 2012

Silaturrahim



hidup sendirian umpama asing
jauh dari perubahan dan ketamadunan
tiada yang membetulkan kesilapan dan
tiada yang menaikkan semangat..

hidup berkeluarga dan berteman satu kurniaan
rasa disayangi dan menyayangi..
berkongsi rasa dan memori
rasa ingin berubah menjadi yang terbaik
dan rasa ingin menghargai yang mengasihani

hidup dikelilingi orang tersayang adalah indah
tapi bila indah itu pergi, dukalah
alhamdulillah, aturan Allah yang terbaik..
bila berpisah keranaNya, adalah terbaik
menerima penuh reda bersama kenangan

terima kasih wahai sahabat,
terima kasih wahai teman..
terima kasih kerana hadir dalam hidupku..
kalianlah keluargaku.

Wallahualam.

AH|CL
Source: Google Image

Friday 24 February 2012

Syukrillah



masyAllah..
nikmat Allah itu begitu besar sehingga tidak nampak pada mata kasar..
kita sering alpa untuk menilai sehingga buta mata hati..

janganlah tergolong dalam golongan mengharap nikmat tanpa usaha..
dan mendapat nikmat tanpa bersyukur..
nauzubillah..

semoga diri ini tabah..
dan selalu bersyukur..
ALHAMDULILLAH..
terima kasih ALLAH!

Wallahualam.

AH|CL

Wednesday 8 February 2012

Sabarlah


susah menerima dugaan
payah mengharungi halangan
tabahlah hati tika dugaan menghimpit diri
cekallah jiwa tatkala halangan melintang jalan
cubalah tersenyum bila kau kecewa

fikirlah terbaik apabila masih lagi kecundang
pemikiran membentuk satu tekad
menyelesaikan yang tiada kesudahan
menyudahkan yang belum berakhir
tiap musibah ada hikmahnya
masalah bertandang ada penyelesaiannya
jika usahamu terbatas, maka serahkan yang tiada mampu kepada Maha Agung

Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya...
sabarlah sayang sedikit masa lagi!

Wallahualam.

AH|CL

Friday 3 February 2012

Hati yang berlagu sayu.





hati merintih menampung kerinduan..
bisikan kata bersulam dusta..
pada cinta pada rindu..
namun ku alpa hakikat kehidupan..
adakah dia yang aku rindu itu merinduiku jua??
Ya Rabb,,khilafku kerna lupa pada janjiMu..
namun Alhamdulillah..
Kau lah Maha Penyayang,Maha Cinta..
masih ada kesempatan utkku kembali mengejar janjiMu..
sesungguhnya aturanMu yang terbaik!

Wallahualam.

AH|CL

Senyum..





Ertinya : “Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar ma’ruf dan mencegah kemungkaran adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri, dan tulang dari jalan adalah sedekah ” ~ Hadis riwayat Imam Bukhari dan at-Tirmizi.




senyum itu sedekah...
senyumlah untuk kebaikan..
cuba senyum ketika marah,
seperti kau cuba senyum tatkala sedih..
susah namun cubalah..
senyum membawa kebaikan..
senyuman yang ikhlas memberi barakah~