Bagi kita Islam itu indah.
hal ini sejak kecil lagi kita di ajar begitu.
tapi sejauh manakah kita yakin Islam itu indah?
bagaimanakah mungkin kita dapat menumpaskan hujah2 yg lain?
propaganda bukan Islam yang mencalarkan maruah Islam?
Al-Quran adalah sumber terbaik.
Dengan membacanya satu ketenangan,
dengan memahaminya satu kedamain yang sukar ditafsir.
Ada antara mereka jatuh cinta dengan Islam kerana al-Quran.
Namun kerasnya hati mereka yg lain sekeras kerikil.
Sehingga al-Quran cuba dihapuskan.
''Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya'' maksud surah An Nur 30-31.
al-Quran sumber rujukan.
membicarakan tentang aurat dengan begitu terperinci.
butakah mata menilai?
egokah hati menongkah kebenaran?
kita beri perumpaan lain..
Jika seseorang bukan Islam bertanya kenapa wanita Islam menutup aurat dan apakah kelebihannya, cuba lakukan seperti ini. Carilah 2biji gula-gula. Buka pembalut salah satu darinya. Buang kedua-duanya ke tanah. Mintalah dia pilih sebiji untuk dimakan. Nescaya akan dipilih olehnya yang berbalut.
Katalah padanya yang berbalut itu lebih baik kerana belum tentu dicemari oleh ape-ape sedangkan yang tidak berbalut sudah tentu telah dicemari.
wanita hiasan dunia, KEPUTUSAN DITANGAN ANDA!
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment