Thursday 15 August 2013

Mrs. Novelist


Alhamdulillah, syukur padaNya.
Nikmat kurnia dariNya tidak ternilai.
Masih ada kesempatan waktu mengabdikan diri.

Okay! Tilik balik tajuk entri kali ini.
'Mrs.Novelist', pernah dengar?
Mungkin ada yang pernah kan. :)

Sedikit perkongsian dari diri kerdil.
Usai di baca sebelum Syawal menjelma. :D

'Mrs.Novelist' merupakan karya Dissa Azmin,
terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.
*klik untuk ke 'facebook' mereka.




Komentar yang hendak diutarakan cukup mudah.
'Terkesan di hati.'

Keluarga bahagia sentiasa mendokong.
Tiap kali rebah meniti liku kehidupan,
ada yang menghulur membantu untuk bangkit.
Suami yang sedia meminjamkan semangat,
keakraban antara adik-beradik,
rakan yang di sisi.

Hasrat yang diperjuangkan ibu.
Kental meski beribu halangan merempuh.
Pernah juga cita-citanya hampir patah,
namun adanya penghadang,
menongkat bengkok agar kembali lurus.

'Tulis dalam hati',
Puisi yang indah sekali,
Terselit mencuri hati yang suram.
Bait bicara meruntun membangunkan jiwa.

Sungguh,
Novel ini memberi kesan.
Benarlah tulisan dari hati sampai kepada hati.

Semoga usaha Dissa Azmin,
juga novelis yang lain diberkati.
Sungguh Allah membantu mereka,
novelis yang membawa pembaca kepadaNya,
biiznillah.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini.
*Nak tulis panjang takut yg membaca bosan pula*

wallahualam.
wassalam,
AH | CL


Friday 21 June 2013

KurniaNya.



Alhamdulillah.
Tak terucap rasa.
Seminggu lebih berada di rumah.

Walau cuti tidaklah lama mana,
Berada di rumah terasa damai sekali.
Bersama keluarga, tidak dilupa sahabatku.

Alhamdulillah,
Kurnia Ilahi takterbanding nilainya.
Tokayah sudah sihat dari sebelum ini.
Aturan Allah itu indah sekali.

Maka rugilah bagi yang alpa,
Leka menilai mensyukuri rahmat.
Sementara masih disempatkan,
Bersyukurlah.. ツ

Semoga Allah merahmati kalian.

Seringkas mungkin buat tatapan semua.

Wallahualam.
cL


Syukur padaMu



Alhamdulillah,
Syukur pada kurniaan Ilahi.
'Result' semestar pertama tahun pertama 'degree' okay la.
Semoga menjadi perangsang menempuh semestar seterusnya.

'Result' setimpal usaha, tidak dinafikan dan CL cuba sedayanya.
Walau masa untuk 'study' tidak selama mereka yang lain,
Dengan aktiviti di kampus, CL cuba mengurus masa.
'Result' taksegempak mereka yang lain, sedih.
Namun itu rezeki, syukurlah. ツ

Masa akan diuruskan sebaik mungkin.
Aktiviti, study, tidak asing untuk pelajar.
Jika mereka mampu, kenapa bukan CL?
Teruskan usaha, jangan mengalah.

Rakan sekalian,
Terimakasih kerana ada bersama,
Meniti hari, memberi cermin, menuntun diri.
Semoga sinar esok menghapus sirna kehidupan.
Yakin dan jangan pernah berhenti berdoa.
Allah kan ada. ツ
Wallahualam.
cL

Monday 15 April 2013

Maniskah?



Dengan rasa aku menilai,
Nilai sebuah persahabatan.
Melalui rasa aku mencari,
Mencari makna ketulusannya.
Moga hati akan terus merasa,
Adakah benar rasa yang diberi?
Mungkinkah rasakan binasa,
Rasa kasih yang didamba

Kerana kita hanya yang biasa,
Takmungkin tahu akan maknanya.

Hanya Tuhan bisa mengilham,
Adakah rasa sebuah persahabatan itu,
akan terus menjadi milik diri.
wallahualam.
Tinta rasa,
CL.

Saturday 30 March 2013

Subuh itu

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam waras, sayu hati aku bertinta.
Semoga Allah melimpahkan rahmat buat semua.

Ahad 24 Mac 2013.
Jam awal 5 pagi.
Aku dikejutkan oleh panggilan nenda.
Belum pernah dikejutkan begitu.
Segera ke bilik bertentangan,
Nenek menguak pintu,
Tokayah di katil, menahan sakit.

Tidak pasti apa berlaku,
Awal mlmnya elok sahaja,
Benar, nikmat itu dari Allah.
Bila-bila sahaja boleh ditariknya.

Tokayah pernah dikejarkan ke hospital,
2008. Aku hanya dimaklumkan sepulang dari hostel.
Sedih, setelah keluar dari hospital baru ku tahu.
Insan itu tidak mahu meresahkan sesiapa.
5 tahun berlalu sebelum nikmat sihat ditarik sekelip mata.

Sebak diri melihatnya.
Nenek meminta aku menelefon ibu saudara,
Serak tekak berkata-kata,
Bicaraku terlantun hanya yg mampu.

Azan subuh.
Usai solat, bacaan Yaasiin diperdengarkan,
Sebak, sungguh sebak, uraian air mata mengiringi kalimah suci.

tokayah n chek(nenek) at Langkawi akhir thn lepas(2012)

Tokayah,
Ibu ayah sedari kecil,
Dia yang menguruskan cucu ini sejak kecil.
Makan pakai, ilmu didikan dicurahkan padaku.

Tika itu,
Terlintas di benakku,
Mampukah aku?

Teringatkan kehilangan ibu,
Aku lemah, menangis sendiri.
Jika insan berjasa ini pergi,
Jiwaku bagai di rentap.

Sungguh.
Tika dia menahan sakit di kepala,
Mungkin itu yang teramat sakit,
Tika tubuhnya ku rangkul itulah,
Aku hiba. Hanya kalimah buat Tuhanku terucap.

Dalam kesakitan itu,
Tidak sesaatpun aku mendengar dia merungut.
Kumat kamit mulutnya memuji Tuhan yang Esa.
Hanya sesekali berbicara dengan anak cucu,
Memohon maaf dan dihalalkan semua padanya.



Guru agama, guru mengajiku.
Ilmu di dada tidak mahu aku bicarakan,
Cuma salut padanya yang melazimi pujian bt Tuhannya.
ya! Aku cinta dia kerna cintanya pada Tuhannya.

Insan kesayanganku,
Allah mengurniakan dia padaku,
Dihantarnya untuk menyayangi dan disayangi.

Insan setabah itu,
Tidak jemu memuji Tuhannya,
menerima musibah penuh redha,
Tidak hanya pasrah malah bertambah cinta.

Pemeriksaan di klinik di petang Ahad.
Abah dan ma (bapa/ibu saudara) tinggal di rumah.
Mami dan ayahlong (ibu/bapa saudara) dari Terengganu membawanya.
Darah, jantung semua okay, rahmat dari yang Maha Pengasih.

Kini hampir seminggu tidak keluar meniaga,
Masa nya dihabiskan di tempat rehat.
Berjalan perlu sokongan, bimbang rebah.
Lututnya bengkak, masalah urat barangkali.
Fizikal tampak semakin sihat,
namun runsing kiranya sakit mendatang tiba-tiba.

Ramai yang menziarahi,
Penduduk kampung, kaum kerabat,
Sahabat handai, adiknya.
Anak-anaknya dari Kuala Lumpur,
Tokabah (adik tokayah) dan keluarga,
Umie (ibu saudara), Che Alang(ibu saudara) dan keluarga.
Memandangkan cuti sekolah hampir berakhir,
semua pulang, termasuk Che su (ibu saudara) yg perlu ke asrama.

Detik ini,
Aku di kejauhan,
Meninggalkannya bersama nenek.
Hanya berdua sentiasa menemani,
Ayah Su (bapa saudara) di harap bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Dengan sakitnya yang makin pulih,
Aku kuatkan semangat melangkah ke sini.
Bukan untuk aku, untuk dia dan juga ummah.

Aku mencari ketabahan,
Semoga Allah meredhai.
Aku ingin melaksanakan hasrat hati itu.

Ya Rabb,
kami bersyukur atas nikmatMu,
dan kami mengaku dosa kami bukan secebis.
Oleh itu kami memohon hanya padaMu.

Jika umurnya panjang,
Murahkan rezekinya memijak ke Tanah Haram itu,
izinkan matanya menatap Kaabah yang indah itu,
redhakan dirinya beribadah memujiMu di situ.

Berkatilah akan dirinya,
kami insan lemah hanya mampu berharap.
Sujudku, matiku padaMu.


Dan aku yakin pasti akan janjiMu.
wallahualam.

tinta berharap,
CL.

Sunday 3 March 2013

Dia, Sahabatku



As salam.
selamat berkunjung ke blog formal CL lagi.
        *klik sini utk ke blog meraban merapu CL :)
entri kali ini mengenai buku ke-2 Dissa Azmin.
mungkin ada yang belum membaca novel ini,
novel tarbiah remaja, tak tebal.
kejap je boleh habis.
jadi, jemput2 lah diri anda membaca. :)

mengapa novel ke-2 yg hendak dibicarakan?
hal ini demikian kerana..
testimoni CL dipilih oleh novelis baru ini :D

moga Dissa Azmin akan terus berkarya.
sebarkan dakwah melalui tulisanmu,
moga bermanfaat.
ana uhibbuki fillah :)

thats all .
semoga Allah merahmati  .
sebarkan ilmuNya.
wallahualam.
from,  
CL.

Sunday 10 February 2013

mampukah?



Ya Allah,
hanya Kau tempat aku bergantung harap.
hanya pada Kau juga aku meminta.
meminta yang terbaik,
meminta yang sebaiknya.

palitan dosa minta diampunkan,
amal ibadah mohon diterima,
kerna Engkau pemberi nyawa,
kerna Engkau berhak menyabut nyawa,
oh Tuhan pemilik nyawaku,
sujudku hanya padaMu.

tabahkah diri ini ya Allah.
ku tidak meminta ujianMu dimudahkan,
apatah lagi ditambah, siapalah aku.
Namun aku meminta ketabahan itu.
kuatkan hati aku.. .. . ya Rabb!
cL.

Friday 8 February 2013

u j i a n . ..



Subhanallah. alhamdulillah. la ila ha illa allah.
tinta keyboard menghulur salam.
segala pujian buat yang maha esa.

entri xseberapa cuba ku sampaikan.
hanya berkongsi sekelumit rasa.
oh masa, sehinggakan aku berperang dengan jiwa.
sempatkah untuk aku bertinta dalam alam ini?

aku hanya insan dhaif, serba kekurangan.
cuba meraih kekuatan dalam helaan kepasrahan.
aku mencari sinar dalam gelapnya rasa,
mencari ketabahan dalam titisan air mataku.

moga sinar Hidayah itu bisa dicapai,
kerna aku hanya insan hina yang masih cuba,
masih meraba dalam kelamnya dosa hariku,
moga dipertemukan cahaya petunjukMu, ya Rabb.

AH|CL