Friday 20 April 2012

Ya Rabbi




Ya Rabbi...
jika ini takdirku,
paksikanlah pada keredhaanMu..
jangan biarkan diri ini hanyut dengan nikmat dunia...

cekalkanlah hatiku pada ketentuanMu,
biarlah diri ini hanya mengharap ganjaran di akhiratMu..
aku insan lemah hina yang bergelumang d0sa dan n0da..
pada tiap saat waktu penuh kelalaian yang menghinakan..

Ya Rabbi,
jika ini takdirku,
kau tetapkanlah aku qada dan qadar yang baik..
jangan kau beri takdir yang tidak sanggup tercapai olehku..
jangan dugaan mematahkan azam hidupku..

Ya Rabbi,
Kau pengatur terbaik..
dan Kau yang Maha Pengasih...
susulilah aku dalam d0aku padaMu..
berilah yang terbaik untukku..
sesungguhNya aku hanya mengharap pert0longanMu...
ampunkan khilafku, tuntunlah aku ke jalan takdirMu yang benar...

Wallahualam.

AH|CL

Wednesday 18 April 2012

Sedarkah kita?



terkadang kita rasa hidup ini perit..
dugaan silih berganti...
terkadang kita rasa hidup ini tidak adil..
kejayaan tak memihak...
terkadang kita rasa hidup ini menghukum...
musibah bertimpa2..

tapi sedarkah kita?
yang perit itu menguatkan,
kegagalan mengajar dan musibah berhikmah...

lalaikah kita mengambil pengajaran dan hikmah?
lekakah kita kegagalan bukan pengakhir?
sedarkah kita nikmat tanpa disyukuri??

di sebalik TERKADANG itu terselit SELALUNYA...

selalunya nikmat terselindung,
kita perlu mencari dalam butiran kesyukuran...
selalunya kejayaan terkelam kelalaian,
hapuskan kabus kekecewaan...
selalunya hikmah terselit,
keluarkan dari lipatan kesengsaraan...

sesungguhnya Allah telah memberi kenikmatan tanpa kita sedari, berbalik pada kita untuk mendapatkannya!

Wallahualam.

AH|CL

Islam itu lengkap



Bagi kita Islam itu indah.
hal ini sejak kecil lagi kita di ajar begitu.
tapi sejauh manakah kita yakin Islam itu indah?
bagaimanakah mungkin kita dapat menumpaskan hujah2 yg lain?
propaganda bukan Islam yang mencalarkan maruah Islam?

Al-Quran adalah sumber terbaik.
Dengan membacanya satu ketenangan,
dengan memahaminya satu kedamain yang sukar ditafsir.
Ada antara mereka jatuh cinta dengan Islam kerana al-Quran.
Namun kerasnya hati mereka yg lain sekeras kerikil.
Sehingga al-Quran cuba dihapuskan.

''Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya'' maksud surah An Nur 30-31.


al-Quran sumber rujukan.
membicarakan tentang aurat dengan begitu terperinci.
butakah mata menilai?
egokah hati menongkah kebenaran?
kita beri perumpaan lain..


Jika seseorang bukan Islam bertanya kenapa wanita Islam menutup aurat dan apakah kelebihannya, cuba lakukan seperti ini. Carilah 2biji gula-gula. Buka pembalut salah satu darinya. Buang kedua-duanya ke tanah. Mintalah dia pilih sebiji untuk dimakan. Nescaya akan dipilih olehnya yang berbalut.
Katalah padanya yang berbalut itu lebih baik kerana belum tentu dicemari oleh ape-ape sedangkan yang tidak berbalut sudah tentu telah dicemari.




Lama edit entri kali ini. isu yang penting tapi seringkali diabaikan.
wanita hiasan dunia, KEPUTUSAN DITANGAN ANDA!

Wallahualam.
AH|CL


Sunday 1 April 2012

Novel: Nota Untuk Nurlissa


|kekuatan itu ada pada kuntum doa dan harapan...|



Aku ingin menjadi seperti nurlissa.
bukan kerana silamnya,
tapi kerana ketabahan hatinya menempuhi dugaan.
pertimbangan membuat keputusan dikala ujian menghimpit diri.

mampukah aku jika berada dalam keadaan itu?
hebat ujian menimpa tidak bermakna harus tersungkur tanpa usaha kendiri.
tidak mengharap bantuan orang lain sepenuhnya.
meminjam semangat seorang kawan bukan bermakna bergantung padanya.


tabahlah hati kerna ada yang masih menyayangi..
satu yang takkan pernah meninggalkanmu..
hanyalah Dia, Yang Maha Cinta.. Allah Ya Rabbi~




p/s: dapatkan novel TARBIAH remaja ini. hanya RM14 ^_^