Wednesday 31 December 2014

Dua Kosong Satu Lima


Allah. Allah. Allah.

Tahun baharu, 2015.
Tiada sangka akhirnya tiba juga.

Doa titip untuk semua.
Terutama kerabat terdekat,
Kemudian sahabat terapat CL.
Taklupa untuk saudara seagama.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Tiada yang kekal dalam hidup,
Semuanya beransur-ansur, hilang.
Yang erat di peluk perlahan-lahan, pergi.

Tiada yang kekal dalam hidup,
Sayang yang memudar, putih lalu padam.
Kasih bertapa, terhakis kikis terus menyepi.

Tiada yang kekal dalam hidup,
Kalau kenangan kau biar terbang.
Memori ada kau tanam dalam, mati.

Hanya jika kau lepas, tiada dikejar.

Simpan lah simpan kawan,
Yang 'tiada yang kekal' itu serah pada Tuhan.
Kerana hanya rindu menerpa, ianya membangkit rasa.
Sandar padaNya, moga yang tiada kekal itu dipelihara selalu.

Terima kasih Tuhan untuk mereka.
NikmatMu meluas sekali.

Allahua'lam.

AH|CL

Saturday 5 April 2014

Allah sedang menguji hatimu.



Sayang.
Ya, fitrah manusia.
Tapi ia nya bukan alasan.
Tidak semua rasa itu murni.
Perlunya hadir waras agar terjaga.

Kadangkala hati terusik,
Mudah benar untuk tergelincir,
Jangan sampai terjatuh, bimbang terluka.
Luka yang terbiar bernanah akan mengulat. Rosak.

Untuk secebis rasa yang hadir,
Istighfarlah, membuang noda.

Ketahuilah,
Allah sedang menguji hatimu.
Berpaling kembali pada Maha Penyayang.
Dia pasti menghadiahkan ganjaran istimewa buatmu.
Yakinlah. Have faith! 

Wallahualam.

AH|CL

Friday 4 April 2014

Bertatih mencari matahari



Ya Allah,
Dekatkanlah hati ini,
Jangan aku antara yang rugi.

Kuatkanlah hati ini,
Agar tetap tabah mencari.
Lindungilah hati yang satu ini,
Supaya dalam genggaman Ilahi.

Aku yang bertatih mencari matahari,
Agar sinarnya menghias hati.
Akulah pejuang rasa insani,
Yang tetap setia menanti.

|Mencari rahmat Ilahi.|

Salam Jumaat.
Wallahualam.

AH|CL

Thursday 3 April 2014

Kesedihan dua malam



Rindunya pada mereka.
Allah. Benarkah pilihan ini?

Benar mereka ada, zahirnya.
Namun seakan hati kian menjauh.
Bukan mereka, akulah yang bersalah.
Akulah yang membina tembok tanpa sedar.

Aku masih mampu, 
Dan hati aku masih merayu.
Tapi dalam masa yang sama, lemah.
Benar dia bukan sebab asal aku memilih.
Tapi dia juga sebab kukuh aku bertahan, dulu.
Saat keyakinan menguat, dia merelaikan. Payah.

Allah.
Telah Kau kurniakan mereka,
Saat diri lemah, merekalah pendorong.
Saat diri terluka, mereka jualah penghibur.
Tidak adil kiranya aku memilih untuk berdiam.
Tapi aku tidak mampu bersama mereka, tanpa dia.

Aku cuma tidak kuat.
Allahu, bantulah hambaMu ini. 

Wallahualam.
AH|CL

Wednesday 2 April 2014

Selamat ulangtahun kelahiran, ayah!



Alhamdulillah.
April datang lagi.


Entah mengapa April istimewa.
Sekurang-kurangnya istimewa untuk aku.

Mungkin kerana bila April tiba,
Aku bisa memberikan salam untuknya,
Mengirimkan ucapan selamat untuk dirinya.

Ya, aku bukanlah seperti mereka.
Jika yang lain bisa mengucup, memberi hadiah,
Aku memilih untuk memberi ucapan, membisik doa,
Agar Tuhanku menjaganya, memberkati kehidupannya.

Aku sudah biasa begini,
Bukan kerana tiada rasa sayang,
Namun jarak membina jurang janggal.
Ruang yang memisahkan. Jauh sekali.

Untuk hari yang berlalu,
Ketahuilah aku mencintaimu.
Supaya hari mendatang mengingati,
Aku sekalipun tidakkan melupakanmu, biiznillah.

Wallahualam.

AH|CL.

Tuesday 1 April 2014

Bercinta dengan riang



Angkuh.
Bermegah dengan kesenangan.
Menunding jari pada kesalahan.
Hanya tahu menjatuhkan!

Sekalipun kau benar,
Tiada asbab untuk menyombong.
Melancang ucapan bagai pedengar tidak berhati.

Ingat.
Roda akan selalu berputar.
Kau juga akan berada di bawah.
Dan hati kau itu akan di kuasa.
Hilangkan nista, amarah pembenci.

Pergilah kau riak durjana.
Aku sudah lama bercinta dengan riang.
Tiada aku suka pada hadir si megah.
Kerana aku punya senang ada pada cinta.
Cinta pada Dia.

Aku akan bangkit!

Wallahualam.

AH|CL

Saturday 29 March 2014

Mencari cinta



Aku bukan mencari pujian orang,
Jauhlah dari pandangan nista insan.

Yang aku cari itu sinar,
Menerang jalan suram baitan resah.

Aku cari sebutir penghargaan,
Buat yang reti menilaikan harga.

Cukuplah redha,
Hadiah sahabat peneman suka,
Bersama mengharung derita duka.

Aku cari barakah,
Di tengah lautan payah.
Menangguk barakah Ilahi,
Dalam kelumit dosa silam.

Ampuni kami insan hina.

Wallahualam.

p/s:
Hati rancak bernyanyi,
sudah sampaikah ketikanya? :|
AH|CL

Thursday 27 March 2014

Pergilah



Keangkuhan datang lagi.
Bertandang dan mula melingkar masuk.
Ruang utama mula dikuasai niat jahat durjana.

Pergilah.
Usir riak yang singgah.
Jangan biar diteladani si naif.

Hentikan kebencian ini.

Wallahualam.

p/s:
Macam CL nak buat intro novel je, hehehe

AH|CL

Wednesday 26 March 2014

Adilkah!



Mencari titik noktah.
Seperti dunia yang tiada henti berputar.
Tangisan kedengaran lagi, di tiap penjuru.

Mungkinkah ada manisnya?
Menyusur titian rapuh sebuah kerajaan.
Yang hak sering ditindas, batil bermaharajalela.

"Tangan di atas lebih mulia"
Kenapa hanya disemai dalam pemberian?
Tidak bolehkah di praktikkan dalam penguasaan?

Sampai bila ?

Wallahualam.

AH|CL

Wednesday 5 March 2014

Bangkitlah wahai hati.



Assalamualaikum.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Segala puji bagi Allah atas setiap perkara.

Tidak Dia datangkan penyakit tanpa penawarnya.
Dan tidak pula Dia timpakan ujian tanpa hikmahnya.

Sering mengingatkan diri,
Ujian merupakan nikmat jua.
Ada hikmah yang tersembunyi.
Tapi sering juga diri hina tertewas,
Pincang mengubat resah sementara.

Bangkitlah wahai hati,
Saat ujian menimpa, gagahlah.
Mengadu padaNya, jangan rebah.

Moga di tuntunkan hati.
Wallahualam.

AH|CL.

Monday 24 February 2014

Nikmat



Alhamdulillah.
Syukur pada nikmat kurniaNya.

InsyAllah ada hikmahnya.
Kadang ujian juga terselit kuntum bahagia.
Bergembiralah kerana Allah sentiasa bersamamu,
Mendengar tiap bisik gelisah, jua simpanan sebak diri.

Bersyukurlah,
Kerana Dia tidak pernah meninggalkanmu,
Malah berasa malulah kamu, kerana sering menjauh,
Leka menghadap nikmat, lantas lalai pada Maha Pemberi.

Moga Allah menjaga aku,
kau, kita dan mereka.
Wallahualam.

AH|CL

Sunday 23 February 2014

Off Blog?



Assalamualaikum semua,
Moga sentiasa sihat hendaknya.

Off blog?
Alkisahnya begini,
CL kan ada dua blog,
Setelah difikir fikirkan,
CL nak guna satu blog sahaja.
Makanya, selamat tinggal Katahati.

CL sebenarnya sayang nak abaikan dia,
Berat hati sbb adanya kenangan,
Suka dan duka,
Dan...
Sbb blog tu cantik!

Tapi tdk mengapa,
Biarkanlah ia tetap dlm kenangan,
Kerana kenangan tercipta utk diingati,
Kan?

Hoho,
InsyAllah kali ni nekad,
Akan selalu update blog ini,
walaupun sebulan satu entri.

Sekian, wallahualam.

Yang ikhlas,
CL.

Saturday 8 February 2014

Allah baikkan?




Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Sungguh hanya Allah berkuasa atas tiap sesuatu.
Pemilik Agung, Penyayang yang Maha Esa.

Saat buntu,
Dialah rujukan utama.
Saat berduka jatuh terluka,
Dialah pendengar yang paling setia.

Alhamdulillah,
Hati ini di latih untuk dekat padaNya.
Mencari redhaNya, berharap hanya padaNya.

Alhamdulillah,
Dia pemberi rahmat,
Menunjuki jalan kebenaran,
Jalan mendekat pada yang hak.

Alhamdulillah,
Dia pemberi ujian,
Menguji kebergantungan,
Ujian yang penuh berhikmah.
Kerana ada padanya ganjaran.

Alhamdulillah,
Pemberi nikmat,
Menguji kesyukuran.

Alhamdulillah 'ala kulli hal,
Dekatkanlah sentiasa hatiku padaMu,
Kerana aku tahu dan sesungguhnya Kau dekat.

Ya,
Allah sentiasa mendengar keluh kesah hambaNya,
Bersyukurkah kita dan petahkah memuji kekuasaanNya?
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Hasbunallah wanikmal wakil.
Allah kan ada? :)

Wallahualam.
CL.

Monday 3 February 2014

Alasan



Payah.
Itu alasan.
Dan aku tahu.

Berubah.
Itu tujuan.
Dan aku buntu.

Bagaimana?
Itu soalan.
Dan aku cuba, menjawabnya.

Tuntunlah hati,
Ya Rabb!
T.T

CL.

Ya saya.



Assalamualaikum wbt.

Hari kedua.
Semester II 2013/2014.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Sungguh Dia sebaik baik perancang.

Berhenti sejenak memandang silam.
Jauh benar masa lalu.
Tidak di sangka.

Entah boleh entahkan tidak.
Penatnya kaki berlari berjalan,
pernah juga merangkak jatuh lesu.
Tiada tangan lain yang memberi bantuan,
hanyalah Allah penguasa segala sesuatu.

Pelajar tahun kedua di IIUM.
Terasa berat sekali jolokan kecil ini.
Mampukah diri memikul amanah ini?
Akan ku usahakan!

Banyak yang hendak aku bicarakan,
namun sering kisah terlekat di kerongkong.
Payah benar meluahkan kerana tidak pasti,
manakah yang harus ku dahulukan.
Dan akhirnya hilang tanpa tinta.

Mampukah hasrat tertunai?
Sukar untuk ku pastikan.

Dan aku, masih lemah.
Mungkin terlalu memandang yang lain?
Atau mungkin aku yg mengecilkan diri,
di hadapan barisan mereka yang digeruni?

Mungkin aku yang tidak mahu berganjak,
Malas, lantas leka untuk mula mengejar.
Mungkin kerana asyik menyeka sela tangis,
Melindungi, bimbang melepaskan semalam,
Khilaf aku, ya aku, menggores tragis.

Tabahkanlah hati, ya Rabb.
Sungguh hanya Kau yang memahami.

CL.