Monday 26 September 2011

Ujian

Kekalutan melambai tenang..



Duhai hati, hibakah kau?
andai itu suratan..
usahlah memadam resah di jalanan prasangka..
membawa kehibaan hati yang lara..

aduh jiwa..kosongkah kau??
alunan munajat bersendi tahajud..
menyatakan syukur pada yang Esa..

oh rasa, matikah kau?
jika jalanan duri sukar dilalui..
meratap sepi dalam kesendirian waktu..
Dan aku pasrah...

Wallahualam.

AH|CL

Sunday 18 September 2011

Hari Ini




alhamdulillah..
masih ada lagi hari ini untuk mohon petunjuk Allah..
adakah masa depan itu indah lagi?
berdegup kencang menanti perkhabaran..
akankah kiamat itu menemuiku??
sudah tentu..jaraknya sejengkal cuma..
tak..bukan sejengkal..malah lebih dekat..
bagaimana aku nanti?
selamatkah?syurgakah?



alhamdulillah...
masih ada lagi hari ini untuk memohon ampun..
khilafku Ya Rabb...
Kau ciptakan aku lengkap sempurna..
sebaik-baik kejadian menjadi khalifah..
namun ada sahaja dosa dan noda..
ampunkan aku ya Allah..
tidak sanggup menanggung pedih siksa azabMu..
tidak sanggup lagi jika Kau tidak memandangku..


Ya Allah..
ampunkan aku..berilah peluang sekali ini..
biarlah aku dapat lunaskan dosa menebus ampun..
mengakhirkan pengharapan menemui keredhaan..
dalam sujudku padaMu,Maha Cinta..
semoga palitan noda terhapus dengan air mata keinsafan..
cuma hari ini sebelum kiamat mengganti hari...
jiwaku hanya milikMu ya RABB~


Wallahualam.

AH|CL

Thursday 15 September 2011

Lalaikah Aku?




diri memendam rindu..
gundah meracuni hati..
tak tahan menahan siksa..
melihat kecekalan insan..
yang pernah bertakhta di sanubari..
arghh..
gagal lagikah aku??
daif sungguh lemah diri ini..

MasyAllah..
lalaikah aku?
nikmatMu dibutakan oleh ujian cuma..
tidak sanggup sekiranya ianya musnah..
Ya RABB,,
mampukah diri ini menjadi lebih cekal??
berani menempuh dugaan yang hadir..
menepis kerakusan ego dan prasangka..


Subhanallah..
nikmatMu sungguh besar...
kekadang aku buta..
lalai melihat,menilai dan mendengar..
ketabahan mengukuhkan perasaan..
ketabahan itu di hati..
sungguh Kau tdk pernah meninggalkan hambaMu..
terima kasih ya Allah..
sujudku padaMu..
duhai Maha Cinta..
dengarlah kata syukur pencintaMu..
Alhamdulillah..kekuatan membina semangat..

Wallahualam.

AH|CL

Friday 9 September 2011

MASYALLAH




Kalahkah aku dalam permainan kehidupan?
kaki melangkah longlai..
lalu jatuh lah aku..
bukan dakapannya yang aku inginkan..
bukan jua ruang simpati bersulam dusta..
namun hakiki itu..
bila cinta bersemi kembali..
aku ingin menjadi lebih utama dihatinya..
agar tiada lagi kesuraman pada dinginnya hati ini..
sungguh aku mahu bersamamu..
jika benar kaulah cintaku..
relaku menunggumu untuk kesekian kalinya..
jika akulah pemilik tulang rusukmu itu~

Wallahualam.

AH|CL