Saturday 31 December 2011

Tunduk.

Subhanallah..
Subhanallah..
Subhanallah..
Maha Suci Tuhan..
yang menciptakan..
langit dan bumi..
dan semesta..
yang zahir dan yang tersembunyi..
yang halus dan yang kasar..
hanya berlindung padaMu..
insan hina ini memohon..
semoga sahaja diri ini tidak khilaf mengingatiMu..
amiin..

Wallahualam.

AH|CL

Monday 10 October 2011

Novel: Dia Sahabatku dan Terima Kasih Adik-Adikku!

As salam..
ceritanya disini ana na promote 2 novel..
jom tengok2..

ni karya ulung Dissa Azmin..
sesuai untuk famili..adik2 antum y skola rendah..
-->Terima Kasih Adik-Adikku!
untuk y meningkat remaja..novel tarbiah yg disyorkan..
utk skola menegah la..
-->Dia Sahabatku

promote.promote.promote :)



nantikan buah tangan Dissa Azmin yg seterusnya :)
sokonglah karya tempatan..
terutamanya novel tarbiyah remaja sebegini..

sekian.
Wallahualam.

AH|CL


Dalam, rindu.


Rindu.
Satu patah sahaja.
Lebih berupa cukup.

Wallahualam.

AH|CL

Monday 26 September 2011

Ujian

Kekalutan melambai tenang..



Duhai hati, hibakah kau?
andai itu suratan..
usahlah memadam resah di jalanan prasangka..
membawa kehibaan hati yang lara..

aduh jiwa..kosongkah kau??
alunan munajat bersendi tahajud..
menyatakan syukur pada yang Esa..

oh rasa, matikah kau?
jika jalanan duri sukar dilalui..
meratap sepi dalam kesendirian waktu..
Dan aku pasrah...

Wallahualam.

AH|CL

Sunday 18 September 2011

Hari Ini




alhamdulillah..
masih ada lagi hari ini untuk mohon petunjuk Allah..
adakah masa depan itu indah lagi?
berdegup kencang menanti perkhabaran..
akankah kiamat itu menemuiku??
sudah tentu..jaraknya sejengkal cuma..
tak..bukan sejengkal..malah lebih dekat..
bagaimana aku nanti?
selamatkah?syurgakah?



alhamdulillah...
masih ada lagi hari ini untuk memohon ampun..
khilafku Ya Rabb...
Kau ciptakan aku lengkap sempurna..
sebaik-baik kejadian menjadi khalifah..
namun ada sahaja dosa dan noda..
ampunkan aku ya Allah..
tidak sanggup menanggung pedih siksa azabMu..
tidak sanggup lagi jika Kau tidak memandangku..


Ya Allah..
ampunkan aku..berilah peluang sekali ini..
biarlah aku dapat lunaskan dosa menebus ampun..
mengakhirkan pengharapan menemui keredhaan..
dalam sujudku padaMu,Maha Cinta..
semoga palitan noda terhapus dengan air mata keinsafan..
cuma hari ini sebelum kiamat mengganti hari...
jiwaku hanya milikMu ya RABB~


Wallahualam.

AH|CL

Thursday 15 September 2011

Lalaikah Aku?




diri memendam rindu..
gundah meracuni hati..
tak tahan menahan siksa..
melihat kecekalan insan..
yang pernah bertakhta di sanubari..
arghh..
gagal lagikah aku??
daif sungguh lemah diri ini..

MasyAllah..
lalaikah aku?
nikmatMu dibutakan oleh ujian cuma..
tidak sanggup sekiranya ianya musnah..
Ya RABB,,
mampukah diri ini menjadi lebih cekal??
berani menempuh dugaan yang hadir..
menepis kerakusan ego dan prasangka..


Subhanallah..
nikmatMu sungguh besar...
kekadang aku buta..
lalai melihat,menilai dan mendengar..
ketabahan mengukuhkan perasaan..
ketabahan itu di hati..
sungguh Kau tdk pernah meninggalkan hambaMu..
terima kasih ya Allah..
sujudku padaMu..
duhai Maha Cinta..
dengarlah kata syukur pencintaMu..
Alhamdulillah..kekuatan membina semangat..

Wallahualam.

AH|CL

Friday 9 September 2011

MASYALLAH




Kalahkah aku dalam permainan kehidupan?
kaki melangkah longlai..
lalu jatuh lah aku..
bukan dakapannya yang aku inginkan..
bukan jua ruang simpati bersulam dusta..
namun hakiki itu..
bila cinta bersemi kembali..
aku ingin menjadi lebih utama dihatinya..
agar tiada lagi kesuraman pada dinginnya hati ini..
sungguh aku mahu bersamamu..
jika benar kaulah cintaku..
relaku menunggumu untuk kesekian kalinya..
jika akulah pemilik tulang rusukmu itu~

Wallahualam.

AH|CL

Saturday 20 August 2011

Dunia


Hati sayu tatkala melihat anak itu..

si kecil yang tidak berdosa..
menjadi piatu dek kerna kejamnya manusia..
tangan yang gagah mengibar senjata..
bertingkah melintasi sempadan keluhuran..

diacu pada yang lemah..
anak kecil yang tidak mengerti..
yang belum sempat belajar erti hidup..
digertak tanpa belas, apakah ini caranya??
anak-anak dilayan sebegini rupa??

Ya RABB,,
bantulah anak ini..
tabahkan anak ini menghadapi kesanggupan hidup tanpa rela..
redhailah dia hingga dewasa..
semoga sahaja tangannya pula akan berjuang..
berjuang pada yang hak..
membela maruah agama,bangsa dan dirinya..

semoga sahaja aku juga bisa..
menebalkan imanku hanya untuk berjihad utkMu..

Wallahualam.

AH|CL

Thursday 18 August 2011

Cinta aku.


rindu..
duhai kasih...
pada hati ada namamu..
pada jiwa tertera cintamu..

sayang..
aduhai pilu..
cinta berlapik noda..
kau khianati rasa ini..

lara..
tiada lagi rasa untukmu..
kerna kau bkn yg hakiki..
keresahan adalah kepiluan nyata..
penipuan yang mengubah perasaan..

Ya RABB..
kurniakan lah rasa cinta kpdku..
dari insan yang benar jodohku..
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui..
amiin...

Wallahualam.

AH|CL

Sunday 3 July 2011

Sabar


kerna diri ini masih mampu bersabar..
aku mencari kekuatan utk menahan hasutan..

Ya Allah..
cekalkan hatiku..




Wallahualam.

AH|CL

Saturday 2 July 2011

Luah.



hati berkata..
jiwa mengiya..
inilah caraku..
inilah gayaku..
sekadar meluahkan..
bkn meminta simpati..
bukan pula minta dipuji..
inilah hidupku..
sekadar meluahkan..
pada coretan ini..
inilah aku..

Wallahualam.

AH|CL