Sunday 4 January 2015

Mula dengan akhir.



Bismillah.
Mahu kongsi-kongsi sikit.
Dulu nya mahu dah update blog tapi takberkesempatan.
Dulu nya mahu bercerita dan berkongsi tentang perihal ini lah. huhu.

Masa CL belajar Organizational Behavior (OB) dgn Sir Ridhwan Fontaine,
Alhamdulillah, happy sangat sebab subjek ni light untuk di hadam,
Walaupun sedih sebab result takseberapa, tapi best!
Ayat pujuk diri - ilmu untuk amal kan. :)

Salah satu yang CL ingat,
Untuk cipta kejayaan, tips nya:


"Starts with end in your mind"
Ertinya bermula dengan akhir (target).



Iya lah, untuk berjaya kena lah bercita-cita.
Untuk berusaha, haruslah punya objektif.

Ya, boleh apply masa musim exam ni juga.
Kata kan lah exam lagi tiga hari,
Bahagikan topik sehari-hari.

Kalau revise macam ni, in sha Allah kan tenang,
Tade lah last minute sangat stressnya.

Balik asal juga, kena disiplin dgn diri sendiri (last entry).

Contoh satu hari  kena habiskan tiga topik,
Habiskan lah, takperlu hadap je tiga topik tu sekaligus.
Bahagikan pagi, petang, malam biar ada senggang-senggang.

Ingat, tenang-tenang.
Jangan stress-stress, baru masuk.
In sha Allah, lebih Allah tolong kan.
Yang tunjang akar penting, kena USAHA.

Lagi nak pesan,
Jangan sebab exam nak caffeinated.
Tidur kena cukup! (Jangan berlebihan - penyakit lupa).

Keep calm!
Jangan berhenti berdoa.

Ps: Entry akan fasal exam sbb la ni musim exam hahaha.

Wallahualam,

AH|CL








Disiplin?


4 Januari 2014,
Dan CL masih di UIA.
Tiga paper lagi utk final exam sem ni.

Ayat yang selalu dengar,
Jasad je kat sini, hati dah kat rumah.
Ikut rasa memang lah nak je balik kan.

Tinggal exam yang berbaki takbanyak mmg macam ni.
Rasa dah fed up nak study, malas teramat.
Lagi-lagi bila kawan dah 'merdeka'.

Tapi, rasa malas study pun tahu diri KENA study.

Kadang-kadang study 2 jam je ,
(kot nya sampai 2 jam- kotnya concentrate).

Yang berjam-jam tu buat benda lain.
Makan sengaja lambat, baring tido, hadap lappy.
Allahu. Pastu menyesal jugak. Astaghfirullah hal a'zim.

Semalam CL on twitter (Tengok! kan dah cakap),
Kemudiannya terbaca satu penyataan (inspire quote),

Paulo Coelho
If you want to be successful, you must respect one rule. NEVER LIE TO YOURSELF!

Kira maknanya seakan meminta CL follow jadual la.
Allahu, Dia tegur dalam bermacam cara. Sentap.

Serasa mahu berkongsi la kat sini,
Walaupun rumah seakan-akan memanggil,
Tapi ingat kita punya tanggungjawab belum habis.

PAKSA kan diri, jangan manjakan sangat.

Nak lari-lari sikit dari belajar tak apa,
Kadang-kadang nak tengok Running man sambil makan,
Main game sambil online ke, tak apa lah tade salahnya kan.
(LOL CL LOL)

Tapi, at least adakan lah masa untuk study.
Berdikit tidak apa (Jangan sikit sangat),
Asal ada buahnya.

At least, janji lah dengan diri sendiri.
Berapa jam yang mampu,
Kotakan!

Kita ni, kadang-kadang lupa.
Tapi cuba jaga yang tu.
JANJI kita sendiri.
DISIPLIN diri.
Okay?

Hm.

Panjang pulak entry kali ini.
Buku kat depan ni ha. Hahaha!
Klah mau sambung study. Hohoho.

Selamat maju jaya semuanya ya.
Jangan berhenti berdoa, usaha dahulu. ^^

Wallahualam,

AH|CL



Saturday 3 January 2015

Sallahu 'ala nabi.



Alhamdulillah.
12 Rabiulawal menjengah tiba,
Hari keputeraan Baginda S.A.W.

Selawat ke atas junjungan mulia,
Sebak dan rindu, sayu sekali.

Sendirian sebentar,
Panjang masa aku tiada begini.
Ingat kembali kisah cerita dari ustaz ustazah,
Sayang benar Rasulullah pada kita, ummatnya.

Bergenang.

Allahu,
Mulia benar utusanMu ini.
Sayang benar dia pada ummatnya.
Kasih benar dia pada kesudahan ummatnya.

Allahu,
Layakkah aku menerima syafaatnya?
Untuk hati yang terlalaikan, ampunilah aku.
Rapat dan dekatkan lah hati aku padaMu ya Rabb,
Jadikan aku antara ummat kekasihMu yang beruntung itu.

Aku mahu. Aku mahu.
Aku mahu syafaatnya itu.
Tuntunilah aku ya Rabb.

Allahu,
Saat ini aku juga rindu,
Rindu untuk meraikan Mauludnya.
Beramai-ramai, tidak sendiri sebegini.

Sayu-sayu.

Tidak apalah sendiri, teman.
Moga rindu ini kan terus kepadanya,
Sebagaimana dia yang tiada henti mengingati kita,
Hingga ke hembusan akhirnya, yang tiada henti menyebut; 'Ummati'.

Dalam.

Hati ini rindukan mu, ya Rasulullah.
Allahumma solli 'ala Muhammad,
Wa 'ala alihi Muhammad.

Wallahualam.

AH|CL




Friday 2 January 2015

Kenapa 'gambar' sama?



Allahu.
Dah lama, lama benar.
Benar lama sungguh lama.
Lama sangat sangat CL tak update blog kan.

Rasa serasa, mahu kan perubahan.
Yang bagai ke anak-anakan tu dah bisa ditanggal.
Malulah. hahahaha.

Lagi satu, entah kenapa ada masalah dengan gambar.
Tidak apalah, mungkin ini saja menjadi asbab,
Sebab untuk yang baharu pula menyeri.

Oleh sebab itu, semua entry lama di olah.
Gambar yang tiada munculnya di ganti gambar baharu.
Kalau rajin nanti CL upload gambar yang berkenaan ya?
Kalau rajin? Macam tak je. Takpe kan fellas?

Wehoo!
Mood hari ini bahagia.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Dan akhir untuk hari ini:

Mampatkan sedih sekecil kuman,
Segala nista kau ambillah lewa;
Senyum senyum wahai teman,
Janganlah simpan duka kecewa.

Wallahualam,

AH|CL






Wednesday 31 December 2014

Dua Kosong Satu Lima


Allah. Allah. Allah.

Tahun baharu, 2015.
Tiada sangka akhirnya tiba juga.

Doa titip untuk semua.
Terutama kerabat terdekat,
Kemudian sahabat terapat CL.
Taklupa untuk saudara seagama.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Tiada yang kekal dalam hidup,
Semuanya beransur-ansur, hilang.
Yang erat di peluk perlahan-lahan, pergi.

Tiada yang kekal dalam hidup,
Sayang yang memudar, putih lalu padam.
Kasih bertapa, terhakis kikis terus menyepi.

Tiada yang kekal dalam hidup,
Kalau kenangan kau biar terbang.
Memori ada kau tanam dalam, mati.

Hanya jika kau lepas, tiada dikejar.

Simpan lah simpan kawan,
Yang 'tiada yang kekal' itu serah pada Tuhan.
Kerana hanya rindu menerpa, ianya membangkit rasa.
Sandar padaNya, moga yang tiada kekal itu dipelihara selalu.

Terima kasih Tuhan untuk mereka.
NikmatMu meluas sekali.

Allahua'lam.

AH|CL

Saturday 5 April 2014

Allah sedang menguji hatimu.



Sayang.
Ya, fitrah manusia.
Tapi ia nya bukan alasan.
Tidak semua rasa itu murni.
Perlunya hadir waras agar terjaga.

Kadangkala hati terusik,
Mudah benar untuk tergelincir,
Jangan sampai terjatuh, bimbang terluka.
Luka yang terbiar bernanah akan mengulat. Rosak.

Untuk secebis rasa yang hadir,
Istighfarlah, membuang noda.

Ketahuilah,
Allah sedang menguji hatimu.
Berpaling kembali pada Maha Penyayang.
Dia pasti menghadiahkan ganjaran istimewa buatmu.
Yakinlah. Have faith! 

Wallahualam.

AH|CL

Friday 4 April 2014

Bertatih mencari matahari



Ya Allah,
Dekatkanlah hati ini,
Jangan aku antara yang rugi.

Kuatkanlah hati ini,
Agar tetap tabah mencari.
Lindungilah hati yang satu ini,
Supaya dalam genggaman Ilahi.

Aku yang bertatih mencari matahari,
Agar sinarnya menghias hati.
Akulah pejuang rasa insani,
Yang tetap setia menanti.

|Mencari rahmat Ilahi.|

Salam Jumaat.
Wallahualam.

AH|CL