Saturday 3 January 2015

Sallahu 'ala nabi.



Alhamdulillah.
12 Rabiulawal menjengah tiba,
Hari keputeraan Baginda S.A.W.

Selawat ke atas junjungan mulia,
Sebak dan rindu, sayu sekali.

Sendirian sebentar,
Panjang masa aku tiada begini.
Ingat kembali kisah cerita dari ustaz ustazah,
Sayang benar Rasulullah pada kita, ummatnya.

Bergenang.

Allahu,
Mulia benar utusanMu ini.
Sayang benar dia pada ummatnya.
Kasih benar dia pada kesudahan ummatnya.

Allahu,
Layakkah aku menerima syafaatnya?
Untuk hati yang terlalaikan, ampunilah aku.
Rapat dan dekatkan lah hati aku padaMu ya Rabb,
Jadikan aku antara ummat kekasihMu yang beruntung itu.

Aku mahu. Aku mahu.
Aku mahu syafaatnya itu.
Tuntunilah aku ya Rabb.

Allahu,
Saat ini aku juga rindu,
Rindu untuk meraikan Mauludnya.
Beramai-ramai, tidak sendiri sebegini.

Sayu-sayu.

Tidak apalah sendiri, teman.
Moga rindu ini kan terus kepadanya,
Sebagaimana dia yang tiada henti mengingati kita,
Hingga ke hembusan akhirnya, yang tiada henti menyebut; 'Ummati'.

Dalam.

Hati ini rindukan mu, ya Rasulullah.
Allahumma solli 'ala Muhammad,
Wa 'ala alihi Muhammad.

Wallahualam.

AH|CL




2 comments: