Sunday 18 September 2011

Hari Ini




alhamdulillah..
masih ada lagi hari ini untuk mohon petunjuk Allah..
adakah masa depan itu indah lagi?
berdegup kencang menanti perkhabaran..
akankah kiamat itu menemuiku??
sudah tentu..jaraknya sejengkal cuma..
tak..bukan sejengkal..malah lebih dekat..
bagaimana aku nanti?
selamatkah?syurgakah?



alhamdulillah...
masih ada lagi hari ini untuk memohon ampun..
khilafku Ya Rabb...
Kau ciptakan aku lengkap sempurna..
sebaik-baik kejadian menjadi khalifah..
namun ada sahaja dosa dan noda..
ampunkan aku ya Allah..
tidak sanggup menanggung pedih siksa azabMu..
tidak sanggup lagi jika Kau tidak memandangku..


Ya Allah..
ampunkan aku..berilah peluang sekali ini..
biarlah aku dapat lunaskan dosa menebus ampun..
mengakhirkan pengharapan menemui keredhaan..
dalam sujudku padaMu,Maha Cinta..
semoga palitan noda terhapus dengan air mata keinsafan..
cuma hari ini sebelum kiamat mengganti hari...
jiwaku hanya milikMu ya RABB~


Wallahualam.

AH|CL

No comments:

Post a Comment